Isnin, 23 Jun 2014

~RAMLI SARIP~


~KISAH KEHIDUPAN RAMLI SARIP ~

Ramli Sarip  dilahirkan di Singapura pada 15 Oktober 1952, insan berzodiak Libra ini memulakan langkahnya untuk menjadi penyanyi bersama-sama kumpulan Sweet Charity.
Sebaliknya, album ini album yang dilahirkan bersama Sweet Charity seperti Pelarian (1980), Sejuta Wajah (1981), Penunggu(1982) Batu (1983), Koleksi (1984) dan Berita Gempa (1985) terus mengulit halwa telinga peminat di tanah air.

Kekuatan lagu-lagu dendanggan Ramli Sarip yang menjadi ikon irama rock kerana suaranya yang parau dan seksi itu membuatkan ramai di kalangan kita yang membesar dengan lagu-lagu dari kumpulan Sweet Charity.
Langkah yang diatur oleh Ramli Sarip yang bergelar Papa Rock tidak pernah terhenti sebaliknya terus maju sehingga melangkah ke arah milenium.

Setelah melahirkan tujuh album bersama kumpulan tersebut, Ramli Sarip mencorak langkah sebagai penyanyi solo.
Mungkin merasakan sudah tiba masanya, Ramli Sarip mengetengahkan dirinya sebagai seorang penghibur, 12 album solo telah dilahirkan sehingga tahun 2002, Kalam Kesturi.

Kehebatan Ramli Sarip menghiburkan peminat tidak pernah terhenti sebaliknya apabila dia berpadu suara bersama Khaty Ibrahim (Datuk Khadijah Ibrahim) menerusi lagu Doa Buat Kekasih, Ramli Sarip adalah lagenda rock yang masih bertenaga setiap kali mengadakan persembahan.

Ramai yang tertanya-tanya, setelah sekian lama pennyanyi dan menghiburkan peminta di atas pentas, apakah yang dicari oleh seorang lelaki yang berimej rambut panjang itu...

Selain itu, Ramli Sarip pernah merasa puas dengan pencapaiannya yang telah dikecapinya selama 40 tahun dalam bidang seni...

Lontaran soalan itu diajukan kepada Ramli Sarip ketika berpeluang untuk  bersuara secara empat mata dengan baru-baru ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.
Biarpun nawaitu asal pertemuan itu adalah untuk menghebuhkan kepada para peminat Papa Rock yang dia akan mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha di Dewan Merdeka, PWTC pada 20 dan 21 April ini.

Namun tidak sah jika Hits tidak mendekati Ramli Sarip untuk berbual sedikit panjang dengannya yang sememangnya tidak pernah berubah apabila menyusun butir bicaranya.
Mesra membahasakan diri sebagai abang dan memanggil wartawan hiburan dengan panggilan adik, Ramli Sarip berkias apabila diajukan soalan, apakah pencarian yang masih belum diketemui oleh Ramli Sarip dalam muzik yang diperjuangkannya itu...

~LATAR BELAKANG RAMLI SARIP~



~RAMLI BIN SARIP~
~RAMLI BIN SARIP~


Latar belakang
Nama lahirRamli bin SaripJuga dikenali sebagaiPapa RockKelahiran15 Oktober 1952 (61tahun)Berasal dariSingapuraPekerjaanVokalKegiatan berkaitSweet Charity



Datuk` Ramli bin Sarip merupakan bekas ahli kumpulan Sweet Charity dan kini lebih terkenal sebagai seorang penggubah/penerbit lagu dan artis solo. Dilahirkan pada 15 Oktober 1952 di Singapura. Beliau dikenali digelar peminatnya sebagai "Papa Rock". Dia telah menghasilkan 9 album bersama kumpulan Sweet Charity dan kemudiannya 8 album secara solo.



~PERJALANAN HIDUP~


~TERATAI BUNGA INDAH~


   

~DOA BUAT KEKASIH~


~WAJAH RAMLI SARIP~
                                                               
       



    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan